Isnin, 8 Februari 2010

KREATIF @ KIRA AKTIF




Hujung minggu kemas rumah, basuh baju dan gosok baju nak kerja esok...isnin -jumaat nanti. Tengok dapur, bilik tidur, tempat makan dan ruang tamu nampak macam tak ceria aje. Jadi apa lagi...tadi ada beli pelekat gambar. Nak upah interior designer tak beringgit...buat sendirilah. Sapa kata puji diri sendiri no good. Kalau tak sendiri puji sapa nak puji kan! Ok tak hasil yang disiapkan oleh diri sendiri. Tak payah tunggu orang puji...penatlah!

Sabtu, 6 Februari 2010

MALAM JUMAAT .......BACA YASIN



Seperti biasa malam ini suamiku akan menunggu aku bersiap untuk bersama-sama membaca yasin...sedekah kepada kedua ibubapa kita dan seluruh muslimin dan muslimat. Selesai sahaja bacaan wailaihi turjaun...teringat akan tahlil di Lombok. Sememangnya sewaktu di sana tak payah jemputan pasti akan ramai yang datang bertahlil beramai-ramai. Kesedaran seperti ini semakin luput di tanahair tercinta...mungkin masing-masing sibuk. Tetapi ingat kalau tak kita yang pergi sapa yang akan pergi. "Tak payah pergi dia orang bukan pernah datang rumah kita.." ungkapan seperti ini selalu kedengaran ..balas dendam..

Betul kata anak behrang di Lombok terdapat beribu masjid.
Bukan setiap satu marhala...seberang jalan ada.....sebelah sini ada masjid. "Apasal banyak sangat masjid?"tanyaku kepada suami."Kat sini senang dapat derma buat masjid."jawabnya." "Adake isinye nanti?"tanyaku lagi was-was."Penuh tu sebab buat masjid lagi satu!"tegas suamiku. Malu pulak rasanya teringat masjid di tempatku cantik-cantik dan canggih tapi....tak berisi. Rugi pulak tak ambil gambar untuk tontonan bersama. Tapi tak pe lain kali boleh ambil....seronok pulak balik ke sana. Tak sabar nak tunggu airport baru siap....

Rabu, 3 Februari 2010

LATIHAN MERENTAS DESA SMKJUASSEH




Semalam penat sangat rasanya. Matahari terpacak tepat di atas kepalaku, abang aziz dan rakan-rakan yang setia mengikut perintah. Huh..panasnye..perit muka dan terasa ketat bak lepas kena cucuk botox. ..tapi demi tugas ...
Ya Allah ....alhamdullilah..bertugas depan rumah sepupu rupenye. Selesai merentas desa dapat minum oren sunquick ...hemm..sejuknye. Masa balik teringat kat anak murid..kesian paneh betul hari ni. Macam manapun...dak Hakim paling happy.

Sabtu, 30 Januari 2010

V-soy


Pagi tadi agak nak pergi ' morning walk' tapi pukul 7 masih gelap. So layan nonton CSI. Bang cik dah pergi kerojo. Tengok CSI pasal budak mati tak disengajakan. Teringat pulak pasal aktiviti berzanji dan berendoi semalam. Budak baru lepas pantang diraikan kehadirannya di dunia. Berbagai cara dan doa disertakan supaya anak menjadi manusia yang berakhlak mulia di dunia dan di akhirat. Mak cik sebelah berbisik "handal budak ni besok...harap-harap jangan jadi hampeh" Agaknye semua ibu bapa berharap agar anaknya menjadi orang yang berjaya dan cemerlang. Setiap kali di tikar sembahyang selepas selesai solat subuh tangan ditadah "Ya Allah permudahkan perjalanan hidupku pada hari ini. Bukalah pintu hati murid-muridku menerima ilmu yang akan kucurahkan ini...amin.."Kekadang terasa sedih bila ada yang buat tak perduli kat kita..tapi pujuk balik diri sendiri. Ha! Tu nak cerita lak pasal V-soy...suman kato namo ee vim. Pueh cari jumpo ni ha. Betul agak

BACAAN YASIN, QUL,BERZANJI DAN BERENDOI

Pukul 9.00 bermulalah kami beramai-ramai membaca yassin..... sehingga jam 12.00. Alhamdullillah selesai jugak perancangan hari ini. Balik rumah abang ajak teman dia cabut gigi pulak. Kesian hilang lagi sebatang giginyo.

Jumaat, 29 Januari 2010

Sejenak di Bali


Perjalanan ke kampung suami mesti disegerakan supaya sempat menatap wajah ayahanda buat kali terakhir. Bali cuma transit sebelum ke Lombok..Sampai di Bali tepat jam 8.15 malam. Penerbangan ke Lombok sudah berakhir. Terpaksa tunggu keesokan hari.. Alhamdullilah tepat 10 pagi kami sampai dan suamiku terus mencium arwah ...

Hari Isnin...kami akan balik ke Malaysia, Sebelum naik pesawat Air-Asia..singgah sebentar di Bali...tunggu penerbangan jam 8.15 malam sempat ambil gambar kenangan...

Selasa, 26 Januari 2010

Alfatihah Untuk Mertua


Pada tanggal 15 Januari hari Jumaat aku bergegas balik ke rumah. Panggilan dari kepulauan Lombok mendebarkan hati aku dan suami. Innalillah ...untuk arwah bapa.Pada usia 80an beliau menyambut panggilan ilahi. Suamiku senyap seribu bahasa , termenung hingga kami sampai ke Lombok. Hanya gengaman tangan yang mengambarkn rasa sedihnya. Tidurku terganggu bila esak dan gerak badannya mengejutkan aku. Ah..dah sampai rupanya di lapangan terbang Denpasar, Bali.